Thursday, November 11, 2010

STRESS OH STRESS ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tekanan. Kalau boleh semua orang nak elakkan tekanan. Tapi nak buat macam mana sebab tekanan adalah sebahagian daripada proses kehidupan seharian. Banyak kerja, assignment tak siap, putus cinta, exam dan kalah judi (?) adalah beberapa contoh situasi yang boleh menyebabkan kita jadi tekanan.





Antara kesan buruk yang boleh menimpa kita bila tekanan ialah jiwa jadi kacau, bila jiwa kacau, boleh hilang pertimbangan, bila hilang pertimbangan pula, tak dapat berfikir dengan waras. Bila tak dapat berfikir dengan waras, silap-silap boleh jadi gila. Kalau gila tak kacau orang tak apa, kalau gila pergi tembak orang, siapa nak jawab? Kita tak mahulah benda-benda buruk macam tue berlaku ya.
Jadi apa yang kita boleh lakukan? Jom tengok 10 cara mudah hilangkan tekanan.
  1. Bawak2 lah diri korang tu sembahyang..baca Al-Quran..n berzikir..ingat segala masalah tu pasti ada jalan penyelesaian tersendiri n ada hikmah d sebaliknye..
  2. Ambil IPod, mp3 atau apa saja music player yang korang ada, atau buka saja Hot FM. Dengar lagu, baring dan relaks.
  3. Keluar dengan kawan-kawan. Contohnya, pergi karaoke dan melalaklah sekuat hati korang.
  4. Cari seseorang yang korang percaya (mak, ayah, kawan baik ataupun si dia) dan luahkan masalah korang yang sebenarnya. (cara ini rasanya lebih praktikal pada perempuan)
  5. Pergi ke suatu tempat (yang cantik dan menenangkan), duduk situ dan nikmati pemandangannya. Tepi pantai contohnya.
  6. Kalau korang ada binatang peliharaan (ikan emas, kucing, kuda, singa), play and have fun with them.
  7. Menonton rancangan tv, movie atau drama kegemaran korang.
  8. Baca bahan bacaan jenaka seperti komik lawak.
  9. Tidur pun best juga.
  10. Bersukan (main bola sepak, bola mata keranjang, badminton).
  11. Kalau dah tak ada cara lain lagi, ikut suka hati koranglah macam mana nak lepaskan tekanan tue, haha.

semaoga hidup kita lebih ceria n sentiasa mampu tersenyum..
"SENYUMLAH KERANA DUNIA AKAN TURUT SENYUM BERSAMAMU"
Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan
Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hambaNYA.
sekian renung2kan dan selamat beramal :)

No comments: